Soalan
Kawan saya merupakan seorang wanita bujang dan sedang menerima rawatan di hospital. Bolehkah saya menziarahinya?
Jawapan
Hukum menziarahi wanita bukan mahram yang sedang sakit di hospital pada asasnya ialah harus, tetapi ia tertakluk kepada beberapa syarat, adab dan batas syarak.
Dalam Islam, menziarahi orang sakit merupakan amalan yang sangat dituntut Rasulullah SAW dan ia merupakan hak sesama Muslim.
Namun apabila ia melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram, beberapa perkara perlu dilihat termasuklah menjaga batas pergaulan seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak bersentuhan, menjaga pandangan dan percakapan sekadar perlu selain sopan dan tidak melunakkan suara secara menggoda.
Elakkan juga untuk menziarahi pesakit wanita itu secara sendirian yang boleh menyebabkan khalwat. Bagaimanapun sekiranya dibimbangi menimbulkan fitnah atau syak, ia wajar dielakkan sama sekali.






