Bolehkah namakan anak baru lahir dengan nama malaikat?

Bolehkah namakan anak baru lahir dengan nama malaikat?


– Advertisement –

Soalan:

Bolehkah menamakan anak yang baru lahir dengan nama-nama malaikat?

Jawapan:

Kebanyakan ulamak mengharuskan letak nama anak yang baru lahir dengan nama-nama malaikat.

– Advertisement –

Berkata Syeikh Abu Bakar Syata Ad-Dimyati:

لا تكره التسمية باسم من اسماء الانبياء كموسى أو باسم من اسماء الملائكة كجبريل

Ertinya: “Tidak dimakruhkan guna nama para Nabi a.s. seperti Musa atau nama-nama malaikat seperti Jibril a.s.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Dan berkata Syeikh Khatib As-Syarbini:

وَلَا تُكْرَهُ التَّسْمِيَةُ بِأَسْمَاءِ الْمَلَائِكَةِ وَالْأَنْبِيَاءِ وَيس وَطَه خِلَافًا لِمَالِكٍ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى

Ertinya: “Tidak makruh mengunakan nama-nama malaikat dan nama para Nabi a.s. dan Yasin dan Taha dan bersalahan bagi Imam Malik.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Dan setengah ulamak berkata dengan makruh letak nama malaikat.

Berkata Imam Nawawi:

وَقَدْ كَرِهَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ التَّسَمِّي بِأَسْمَاءِ الْمَلَائِكَةِ وَهُوَ قَوْلُ الْحَارِثِ بْنِ مِسْكِينٍ قَالَ وَكَرِهَ مَالِكٌ التَّسَمِّي بِجِبْرِيلَ وَيَاسِينَ

Ertinya: “Dan sungguh telah memakruhkan oleh sebahagian ulamak guna nama malaikat dan iaitu pendapat Al-Haris bin Miskin beliau berkata: Telah memakruhkan oleh Malik memakai nama Jibril dan Yasin.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 9/11/2024

Tulisan ini diambil daripada Facebook Ustaz Azhar Idrus.

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top