Bolehkah perempuan berambut pendek?

Bolehkah perempuan berambut pendek?


– Advertisement –

Soalan:

Adakah dibolehkan seorang perempuan memotong rambutnya sehingga jadi pendek kerana mudah menjaganya sebab rambut yang panjang susah sikit hendak dijaga?

– Advertisement –

Jawapan:

Hukum kaum perempuan memotong rambut pendek adalah harus dengan syarat bukan untuk ditunjukkan kepada orang yang haram melihatnya dan jangan sampai pendek yang menyerupai pendeknya rambut kaum lelaki dan jangan bertujuan meniru orang kafir.

Maka jika tidak diikut akan syarat-syarat tersebut nescaya hukumnya adalah haram.

Berkata Mufti Jordan Dr Ali Nuh Sulaiman:

إذا قصّرته بقصد التزين أمام من يجوز لها شرعاً أن تُبدي زينتها عنده، كزوجها ومحارمها ونساء المسلمين، فلا بأس في ذلك . وإن كان لإبداء الزينة بمشهد من ليس له أن يطلع على زينتها، فهو حرام . وإذا قصّرت من شعرها ليسهل عليها تسريح شعرها، فلا بأس في ذلك . وإذا قصّرت شعرها للتشبه بالرجال أو بالكافرات إن كان للكافرات زي معين بحيث يظن من يراها أنها كافرة، فهو حرام؛ لما ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى النساء عن التشبه بالرجال، ونهى الرجال عن التشبه بالنساء، قال عليه الصلاة والسلام : (لَعَنَ اللَّهُ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَلَعَنَ الْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ) رواه الإمام أحمد، ونهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن التشبه بالكفار في أزيائهم وهيئاتهم التي تدل عليهم خاصة بحيث أن كل من رأى تلك الهيئة يظن أن صاحبها كافر فقال : (مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ) رواه أبو داود.

Ertinya: “Apabila perempuan itu memendekkan rambutnya dengan tujuan berhias di hadapan orang yang harus baginya pada syarak ditunjukkan perhiasannya di sisinya seperti suaminya dan sekalian mahramnya dan sekalian perempuan Islam maka tidaklah mengapa pada yang demikian itu. Dan jika adalah bertujuan menunjukkan perhiasan dengan dilihat oleh orang yang tidak harus melihat perhiasannya maka iaitu haram.

Dan apabila perempuan itu pendekkan rambutnya supaya mudah atasnya menguruskan rambutnya maka tidaklah mengapa dengan yang demikian itu.

Dan apabila dia pendekkan rambutnya itu supaya nampak macam lelaki atau nampak seperti perempuan kafir jika ada suatu corak rambut yang khusus dengan perempuan yang kafir sekira-kira apabila orang melihat kepadanya orang akan menyangka dia seorang perempuan yang kafir maka iaitu haram kerana hadis yang sabit sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam melarang akan perempuan daripada menyerupai lelaki dan melarang akan lelaki daripada menyerupai perempuan. Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda: Allah melaknat akan orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan melaknat akan orang perempuan yang menyerupai lelaki. Telah meriwayatkanya oleh Imam Ahmad.

Dan telah melarang pula oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam daripada menyerupai orang-orang kafir pada cara bergaya dan kelakuan berpakaian mereka itu yang menunjukkan atas mereka itu dengan cara khusus sekira-kira orang yang melihat akan menyangka mereka itu adalah orang kafir. Maka bersabda olehnya: Barangsiapa menyerupai akan suatu kaum maka dia termasuk mereka itu. Telah meriwayatkannya oleh Abu Daud.”

Wallahua’lam – HARAKAHDAILY 5/12/2024

Tulisan di atas diambil daripada laman Facebook Ustaz Azhar Idrus.



Source link

OR

Scroll to Top