sukan@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Perlawanan boling persahabatan antara Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan UMT Holdings yang berlangsung di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu malam tadi mencapai objektifnya yang tersendiri.
Perlawanan yang bertemakan ‘Strike for Stronger Bonds’ itu bukan untuk mencari pemenang, tapi sebagai platform untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara agensi selain berkongsi idea.
Perlawanan berkenaan disertai 50 pemain termasuk Presiden KAWAT, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Holdings, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Dr Ahmad Ramzi berkata, program berkenaan lebih kepada menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.
“Ia juga bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara industri dan media selain sebagai penghargaan kepada rakan-rakan media yang sebelum ini banyak memperkenalkan jenama UMT Holdings kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
© New Straits Times Press (M) Bhd