September 8, 2024

Bot pukat tunda ditahan gagal lapor pertukaran nakhoda

Bot pukat tunda ditahan gagal lapor pertukaran nakhoda


KUALA LUMPUR – Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas gagal melaporkan pertukaran nakhoda, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob berkata, seramai lima lelaki termasuk tiga warga Indonesia turut ditahan berusia antara 19 hingga 51 tahun.

Katanya, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan bot terbabit ketika menjalankan aktiviti menarik pukat pada jarak 4.95 batu nautika utara Pulau Tabawan pada jam 5.55 petang.

“Pemeriksaan mendapati, bot itu mempunyai nombor pendaftaran yang sah, namun telah melakukan kesalahan Akta Perikanan 1985 iaitu lesen perikanan tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan lanjut, bot tersebut telah melanggar syarat lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlabuhan dan Dermaga Sabah kerana gagal melaporkan pertukaran nakhoda.

“Juragan dan kru bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan Enakmen Pelabuan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas gagal melaporkan pertukaran nakhoda, semalam. – Foto Ihsan Maritim Malaysia

Terdahulu, pihaknya mengesan bot pukat tunda itu menerusi OP PLUTO TIMUR 2/2013, OP TIRIS 3.0.

Tambah beliau, antara kesalahan yang turut direkodkan adalah alat pemadam api tamat tempoh, tiadak mempunyai jakes keselamatan dan kesalahan kecil ditetapkan dalam Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2022.

“Kesemua kru, bot serta muatan hasil laut ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” jelasnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top