Briged Tenggara patahkan kegiatan seludup 40,000 kg beras

Briged Tenggara patahkan kegiatan seludup 40,000 kg beras


KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan kegiatan penyeludupan beras apabila merampas 40,000 kilogram (kg) bahan mentah itu selepas menahan sebuah treler di sebuah stesen minyak dekat Taman Guchil Jaya di sini kelmarin.

Dalam Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 9.30 malam, PGA turut pemandu lori tersebut yang berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.

Komandernya Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa ditahan lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan beras yang dibawa.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu telah menjumpai 40,000 kg beras yang disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui pengkalan haram.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk treler berjumlah RM550,000. Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top