Brighton tambah derita Chelsea

Brighton tambah derita Chelsea


Minteh meledak dua gol buat Brighton ketika menjinakkan Chelsea di Amex. Foto Agensi

GOL daripada Kaoru Mitoma dan Yankuba Minteh memberikan Brighton & Hove Albion kemenangan 3-0 ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu, seminggu selepas Seagulls menyingkirkan lawan dari kota London itu di pentas Piala FA.

Perlawanan di Stadium Komuniti American Express (Amex), Mitoma memastikan anak buah Fabian Hurzeler membuka akaun gol bermula minit ke-27 untuk memimpin permainan.

Minteh kemudiannya melebarkan kedudukan The Seagulls pada minit ke-38 sebelum menoktahkan kemenangan dengan gol minit ke-68 untuk kekalahan ketiga dalam empat perlawanan terakhir The Blues.

Keputusan itu menyaksikan Brighton naik ke tangga kelapan dengan 37 mata manakala Chelsea bimbingan Enzo Maresca pula tenang di kedudukan keempat dengan 43 mata.

Chelsea yang kehilangan penyerang Nicolas Jackson dan Marc Guiu akibat kecederaan, mendominasi penguasaan bola tetapi tidak berjaya melakukan satu pun percubaan tepat ke sasaran.

“Kami perlu menunjukkan lebih keinginan. Kami berasa terkilan dan amat kasihan dengan penyokong-penyokong Chelsea.

“Pada masa ini anda tidak boleh menawarkan prestasi seperti ini dengan 14 perlawanan lagi.

“Penyokong-penyokong mempunyai hak untuk kecewa dan paling buruknya ialah kami melepaskan terlalu banyak peluang dan tidak mencipta cukup. Ini saat untuk kita perlu kembali bersatu,” kata Maresca selepas ketumpulan bahagian penyudah The Blues.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (15 FEBRUARI)

Leicester City lwn Arsenal, 8.30 malam

West Ham United lwn Brentford, 11 malam

Southampton lwn Bournemouth, 11 malam

Aston Villa lwn Ipswich Town, 11 malam

Manchester City lwn Newcastle United, 11 malam

Fulham lwn Nottingham Forest, 11 malam

AHAD (16 FEBRUARI)

Crystal Palace lwn Everton, 1.30 pagi

Liverpool lwn Wolves, 10 malam

ISNIN (16 FEBRUARI)

Tottenham Hotspur lwn Manchester United, 12.30 malam



Source link

OR

Scroll to Top