Brighton undang petarung MMA bantu kukuh situasi bola mati

Brighton undang petarung MMA bantu kukuh situasi bola mati

Brighton undang petarung MMA bantu kukuh situasi bola mati



BRIGHTON & Hove Albion mencuri tumpuan apabila mengambil pendekatan luar biasa dengan membawa masuk petarung seni bela diri campuran (MMA) dalam sesi latihan bagi memperkukuh aspek pertahanan ketika situasi bola mati dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Langkah berkenaan dilihat sebagai usaha proaktif kelab itu menangani peningkatan ancaman daripada situasi bola mati yang semakin menjadi senjata utama pasukan lawan musim ini.Pengendali Brighton, Fabian Hurzeler menjelaskan pendekatan tersebut bertujuan meningkatkan keupayaan pemain dalam duel fizikal satu lawan satu.”Kami banyak berbincang mengenai situasi bola mati, halangan dan trend baharu dalam Liga Perdana.”Dalam situasi tertentu, pemain perlu lebih kuat dalam pertembungan individu,” katanya.Tambahnya lagi, pendedahan kepada elemen MMA memberi perspektif baharu kepada pemain dalam aspek kawalan badan dan ketahanan fizikal ketika berdepan tekanan.”Terdapat pelbagai cara menggunakan tubuh dan kemahiran untuk memenangi duel satu lawan satu, dan petarung MMA sentiasa berada dalam situasi seperti itu,” ujarnya.Pendekatan tidak konvensional itu nyata memberi impak positif apabila Brighton kini merekodkan antara pertahanan terbaik situasi set-piece dengan hanya lima gol dibolosi, mengatasi beberapa pasukan elit seperti Arsenal dan Brentford.



Source link

OR

Scroll to Top