Britain sah sertai SOJC 13

Britain sah sertai SOJC 13


Mohd Hairi (tiga dari kiri) pada sidang akhbar pelancaran SOJC 2025 edisi ke-13, (SOJC 13) di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

JUARA bertahan, Britain akhirnya sah menyertai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun merebut Piala Sultan Johor (SOJC) 2025 edisi ke-13, (SOJC 13) di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pengesahan Britain itu melengkapkan pasukan yang beraksi pada SOJC 13 selain skuad hoki remaja negara, India, Pakistan, New Zealand dan Australia.

Justeru tegasnya, skuad Young Tigers yang dibimbing legenda hoki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mampu menyerlah pada SOJC 13.

“Yang pertamanya, saya ingin menyatakan SOJC berada di negeri Johor dan sewajarnya pasukan negara mengambil peluang untuk menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu nanti tatkala mereka tidak perlu keluarkan kos beraksi di luar negara apabila menentang pasukan dari Australia, Britain, India, Pakistan dan New Zealand.

“Kita harus tampil lebih garang dalam kejohanan itu nanti dan bukan sekadar pemanas bagi persiapan Piala Dunia Remaja di India, Disember ini.

“Pemain harus meletakkan SOJC sebagai satu kejohanan berprestij yang tinggi kerana bakal berdepan pasukan-pasukan hoki remaja yang berada pada ranking terbaik di peringkat dunia,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Mohd Hairi turut mengesahkan pasukan hoki Sukan Malaysia (Sukma) Johor akan mengadakan aksi persahabatan berdepan kelima-lima pasukan yang menyertai SOJC 13.

“Aksi persahabatan itu akan diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dah ia adalah satu langkah tepat bagi memberi pendedahan terbaik kepada pemain muda hoki Johor yang akan bertanding pada Sukma Selangor pada Ogos tahun hadapan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Juara bertahan, Britain secara rasmi menyertai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun, Piala Sultan Johor 2025
  • Pengesahan Britain melengkapkan senarai peserta termasuk Malaysia, India, Pakistan, New Zealand dan Australia
  • Skuad Young Tigers di bawah bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin diharap dapat menyerlah dalam kejohanan
  • Pemain diminta memandang serius SOJC sebagai kejohanan berprestij dan bukannya sekadar persiapan untuk Piala Dunia Remaja
  • Pasukan hoki Sukma Johor akan melakukan aksi persahabatan dengan kesemua pasukan yang menyertai SOJC 13 sebagai persiapan untuk Sukma Selangor



Source link

OR

Scroll to Top