Buang bangkai serangga dalam masjid

Buang bangkai serangga dalam masjid





– Advertisement –

Soalan:

Ustaz ada sebut dalam satu kuliyah agama haram buang bangkai serangga seperti semut atau kerengga dalam masjid.

– Advertisement –

Bolehkah ustaz sebutkan nama kitab yang menyatakan keharamannya?

Jawapan:

Berkata Syeikh Zainuddin Al-Malibari:

ويحرم بول فيه ولو في نحو طشت. وإدخال نعل متنجسة لم يأمن التلويث. ورمي نحو قملة فيه ميتة وقتلها في أرضه وإن قل دمها

Ertinya: “Dan haram kencing di dalamnya yakni masjid dan walaupun di dalam umpama bekas. Dan haram memasukkan selipar yang terkena najis yang mungkin mengotorkan masjid dengan najis. Dan haram membuang seperti bangkai kutu di dalamnya dan membunuhnya pada lantainya sekalipun sedikit darahnya.” (Kitab Fathul Mu’in)

Dan berkata Syeikh Syed Abu Bakar Syatha Ad-Dimyathi:

ويحرم رمي نحو قملة كبرغوث وبق وبعوض في المسجد إذا كانت ميتة لنجاستها حينئذ. قوله وقتلها في أرضه أي ويحرم قتل القملة أي ونحوها في أرض المسجد أي لأن فيه قصده بالمستقذر

Ertinya: “Dan haram membuang umpama kutu seperti juga kutu kepala itu serangga kecil dan nyamuk di dalam masjid apabila telah menjadi bangkai kerana ia adalah najis pada ketika itu. Dan haram membunuhnya pada lantai masjid kerana perbuatan itu adalah kesengajaan mengotorkan masjid.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 22/12/2024





Source link

OR

Scroll to Top