Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Tindakan Neera Azizi Undang Kecaman – “Bukan Nak Jadi Joykiller Tapi Kecewa”

Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Tindakan Neera Azizi Undang Kecaman – “Bukan Nak Jadi Joykiller Tapi Kecewa”


Pelakon Neera Azizi menyorot perhatian selepas video pendek memperlihatkan tindakannya melakukan ‘gender reveal’ di depan Kaabah menerima respons kurang menyenangkan dalam kalangan netizen.

Tindakan berkongsi kandungan ‘gender reveal’ di hadapan Kaabah itu disifatkan sebagai kurang sensitif terhadap adab ketika berada di Tanah Suci.

Menerusi perkongsian di platform Threads, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa sekali gus mengingatkan bahawa terdapat adab serta doa yang perlu dijaga ketika berada di hadapan Kaabah.

“Untuk ke sekian kalinya. Nak tengok Kaabah pun ada doa dan adab yang perlu dijaga apatah lagi buat content macam ni,” luah individu berkenaan.

Bagaimanapun, individu tersebut menegaskan teguran itu dibuat bukan bertujuan untuk merosakkan kegembiraan mana-mana pihak, sebaliknya lebih cakna mengenai adab ketika berada di Tanah Suci.

“Sorry bukan jadi joykiller ke apa, tapi kecewa,”tambahnya.

Isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyokong teguran tersebut.

Malah, ada juga yang menyeru golongan agamawan untuk memberi pencerahan berkenaan tindakan sesetengah individu yang gemar membuat content di Tanah Suci



Source link

OR

Scroll to Top