May 18, 2024

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya – Hijabista

Pemilik jenama produk kecantikan bibir jenama Mawarose, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama pentas Mawar Rashid akui pernah hadapi masalah kulit breakout yang teruk.

Mawar turut mengakui, bahawa dahulu ketika menghadapi masalah kulit breakout dia juga mengalami masalah kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Namun, dia akhirnya mempunyai solusi bagi mengatasi masalah ini!

Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana cara yang dikongsikan Mawar khas buat pembaca Hijabista, tentang bagaimana Mawar mengatasi masalah kulit breakout dan bina semula keyakinan dirinya!

Malu Berdepan Orang Kerana Kulit Breakout?

Menurut Mawar masalah kulit breakout pernah dihadapinya ketika perubahan hormon sewaktu hamil dahulu dan akibat terlalu kerap berfikir akan sesuatu perkara-perkara.

“Sebenarnya kulit Mawar dulu breakout teruk, masa Mawar tengah mengandungkan anak pertama dulu pun kulit Mawar breakout teruk. Baru-baru ni sahaja muka Mawar rasa okay tetapi ada je dekat tempat-tempat hormon yang jika kita terlampau berfikir dia akan breakout.

“Tapi apa yang Mawar pegang adalah, yang penting your mental. Sebab bila Mawar tengok orang-orang yang ada breakout dia mesti macam banyak berfikir, tak cukup rehat dan akan terkeluar di muka,” ujarnya.

Tambah Mawar lagi gaya hidup yang tidak sihat juga mempengaruhi masalah kulit dan menjadi punca kepada masalah kulit breakout. Tetapi, cara Mawar mengatasinya adalah dengan memastikan kesihatan mental. Itu adalah perkara utama yang dilakukan Mawar.

Kesihatan Mental Refleksi Kulit Wajah Yang Sihat!

Menurut mawar bila mental kita sihat dan sentiasa berfikiran positif, maka ia akan terpancar melalui kulit wajah.

“Jadi itu Mawar punya priority nombor satu, pastikan diri kita jangan berfikir terlalu banyak. Kita kena sayang dan belai-belai kulit kita. Sebab bila kita sayang dan belai-belai kulit kita. Kulit kita pun akan sayang kita balik. Jadi bila kita nak massage kulit atau apa sahaja kita kena lakukan dengan penuh kasih sayang.

“Dan paling penting, kita kena selalu bagi tahu kulit kita yang kita ni cantik. Kerana kecantikan bermula dengan kita sayang diri kita. Jika kita tengok diri kita dan kita rasa kita cantik, maka orang lain akan nampak perkara sama. Tapi bila kita tak yakin dengan diri kita, kita akan rasa teruk dan daripada orang tak perasan flaws kita, orang jadi perasan,” ujar Mawar.

Mawar Tak Lakukan Rawatan Estetik Atau Facial!

Mengulas isu sama, Mawar turut mendedahkan bahawa dia tidak melakukan sebarang rawatan estetik mahupun rawatan wajah (facial) untuk memiliki kulit yang mempunyai tekstur glass skin. Tegasnya, dia hanya menggunakan produk kecantikan (skincare) yang tepat dan sesuai untuk kulit wajahnya.

“Jadi sekarang ni bila Mawar yakin dan hargai setiap kekurangan diri yang ada pada muka dan badan Mawar. Mawar kata tak mengapa, Mawar ni manusia. Mawar cantik dan Allah cipta Mawar dengan kecantikan. Jadi ia akan buat Mawar rasa yakin.

“Mawar tak pergi Facial atau apa, hanya bergantung pada skincare je,” dedahnya lagi.

Sumber Foto: Instagram Mawar Rashid

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top