Pelakon Aida Aris dikecam netizen susulan tindakannya dipercayai membuat siaran langsung ketika menziarahi rakan selebritinya Amyza Aznan yang kehilangan anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Amyza berada di sisi arwah anaknya dan Aida memaklumkan rakannya itu belum sempat melelapkan mata.
BACA: Amyza Aznan Ralat Tak Bersama Anak Saat- Saat Akhir
“Dia belum tidur lagi. Kita bagi kak Amyza tidur dengan arwah,” katanya.
Bagaimanapun, hantaran Aida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang serta beranggapan tindakan tersebut tidak seusai dengan situasi.

Semalam, anak sulung Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10:15 malam akibat kanser paru-paru.






