Bublik bagi peluang budak pengutip bola beraksi

Bublik bagi peluang budak pengutip bola beraksi


Montpellier: Dalam perlawanan suku akhir di Open Occitanie, Alexander Bublik yang ketinggalan 6-3, 5-1 dan hampir tiada harapan untuk menang, membuatkan penonton terhibur dengan aksi nakal bersama pengutip bola ketika berdepan Aleksandar Kovacevic.

Pemain Kazakhstan yang terkenal dengan gaya permainan tidak konvensional dan sering menggunakan pukulan mengelirukan, dengan selamba menyerahkan raket kepada pengutip bola dan memintanya untuk melakukan servis.

Kovacevic yang tersenyum, gagal menyambut bola dengan tepat, menyebabkan sorakan gemuruh dari penonton.

Bublik juga tidak ketinggalan menghiburkan peminat dengan beberapa servis bawah, termasuk tiga kali berturut-turut bagi memastikan dia memenangi servis ketika ketinggalan 1-4 pada set pertama.

“Saya tidak menjangka akan bermain dengan pengutip bola untuk satu mata, tapi saya tahu ada sesuatu yang lucu setiap kali berhadapan dengan Bublik,” kata Kovacevic selepas menang 6-4, 6-2 dalam temubual di gelanggang.

“Saya sudah bersedia dengan perkara seperti itu. Bublik memang terkenal dengan telatahnya di dalam gelanggang. Tidak ada masalah, malah ia memberi kegembiraan kepada penonton juga. Tapi bagi saya dan mana-mana lawan dia, penting untuk fokus dan tidak terleka.”

Kovacevic kini akan berhadapan dengan pemain Rusia, Andrey Rublev, dalam separuh akhir.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top