Budak 2 tahun hampir lemas dalam kolam inap desa

Budak 2 tahun hampir lemas dalam kolam inap desa


am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui hampir lemas dalam kolam di sebuah inap desa di Sungai Jagung, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, anggota pondok polis Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) memaklumkan kepada bilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda terdapat seorang kanak-kanak lelaki ditemui hampir lemas di inap desa berkenaan pada jam 5 petang.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada bapa mangsa berusia 32 tahun memaklumkan, mereka sekeluarga baru selesai menghadiri majlis kenduri dan menetap di inap desa itu.

“Ketika itu masing-masing sedang tidur dan ibu mangsa mula menyedari anaknya tiada sebelum ternampak pintu inap desa itu terbuka.

“Ibu mangsa kemudian berlari keluar dan mendapati anaknya dalam keadaan terapung di dalam kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke hospital dan kini dirawat di Zon Merah HSAH serta dilaporkan stabil.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top