am@hmetro.com.my
Sandakan: Kanak-kanak yang hilang bersama kakak dan bapa saudara di kawasan laut berhampiran Dewan Masyarakat Bandar, Jalan Costel, di sini, awal pagi hari ini, ditemukan lemas.
Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Adzriel Adzwan, 5, ditemui jam 7.08 pagi, kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir semua mangsa disedari hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Usaha mencari dua lagi mangsa hilang sedang giat dijalankan.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, ibu mangsa dikatakan terjun ke laut dengan membawa bersama mangsa dan kakaknya yang berusia enam tahun.
Seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga bapa saudara mangsa cuba membantu namun hilang dipercayai dihanyutkan ombak.
Bagaimanapun, ibu mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam manakala tiga lagi mangsa hilang di laut.
© New Straits Times Press (M) Bhd