Budak 7 tahun kritikal, bapa saudara pukul dengan tukul

Budak 7 tahun kritikal, bapa saudara pukul dengan tukul


am@hmetro.com.my

Bachok: Kanak-kanak lelaki parah dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di Jalan Kedai Jelawat, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian jam 5.15 petang membabitkan mangsa berusia tujuh tahun.

Katanya, kejadian berlaku di sebuah rumah kedai iaitu rumah suspek.

“Mangsa dipercayai dipukul di bahagian kepala dengan senjata tukul.

“Keadaan mangsa sangat kritikal,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk mendapatkan rawatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top