Budak lelaki tikam enam rakan sekelas

Budak lelaki tikam enam rakan sekelas


Lisbon: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menikam enam rakan sekelas di sebuah sekolah di utara Lisbon, pada Selasa.

Anggota penyelamat berkata, daripada enam yang cedera, seorang daripada mereka, parah.

Mangsa membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang parah selepas ditikam di dada dan di kepala.

Mangsa lain berumur antara 12 hingga 14 tahun.

Serangan itu berlaku di bandar Azambuja, kira-kira 50 kilometer di utara ibu negara Portugal.

Penyerang dikatakan sudah ditahan dan polis mula menyoal siasatnya untuk menentukan motif dan butiran serangan itu.

Perdana Menteri Luis Montenegro mengutuk serangan itu, yang disebutnya sebagai tindakan terpencil dan yang turut dikecam oleh presiden dan kementerian pendidikan.

“Insiden ini sepatutnya menimbulkan renungan bagi semua yang bertindak di ruang awam,” tulisnya di X.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top