“Budaya ‘Cancel’ Tak Patut Ada, Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang” – Elvina Mohamad

“Budaya ‘Cancel’ Tak Patut Ada, Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang” – Elvina Mohamad


Pelakon, Datin Elvina Mohamad menyifatkan budaya ‘cancel’ yang semakin menular dalam kalangan masyarakat tidak sewajarnya berlaku.

Pemilik nama sebenar, Norzalina Mohamad, 30, ini berpendapat demikian apabila namanya turut terpalit dengan budaya ‘cancel’ selepas heboh sedutan babak panas dalam drama terbaharunya, Safira.

“Susah nak puaskan hati semua orang. Saya rasa netizen zaman sekarang nak kita ikut kata-kata mereka. Kalau kita buat silap sikit saja, terus ‘cancel’.

“Selebriti pun manusia biasa juga, akan buat salah. Sama juga seperti isu Palestin, saya tahu nama saya dalam senarai ‘blacklist’, kononnya selebriti kena ‘cancel’. Tetapi sebenarnya ramai yang menunjukkan sokongan, bagi bantuan dan sebagainya.

“Sebab tu saya cakap budaya ‘cancel’ seperti ini tak patut ada. Apa pun terpulanglah kepada individu masing-masing,” katanya.

Elvina berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama Safira (Bukan Nama Sebenar) yang berlangsung di Pavillion Damansara Heights pada malam, Rabu.

Mengulas lebih lanjut, Elvina berkata suaminya, Datuk Mohd. Haniff Borhan juga menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara isu tersebut, sekali gus menjelaskan babak intim itu dilakukan dengan menggunakan ‘double stunt’.

“Ada yang kecam suami saya juga disebabkan isu itu. Sebenarnya sudah tentu ada setengah babak kita tidak setuju untuk menjayakannya, sebab itu ada ‘double body’ dan ‘camera trick’.

“Siapa kita untuk berkata tidak kepada pengarah, lagi pun kontrak sudah ditandatangan jadi perlu habiskan penggambaran juga.

“Jadi untuk elak emosi saya terus terganggu, saya memilih untuk tidak membaca komen netizen,” katanya.

Selain Elvina, Safira (Bukan Nama Sebenar) arahan Ejump Mohd turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila dan ramai lagi.

Naskhah tersebut akan mula ditayangkan pada 7 November depan di platform OTT iQIYI Malaysia.



Source link

OR

Scroll to Top