Kerajaan mengumumkan berita gembira buat pemandu e-hailing sepenuh masa apabila siling penggunaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini dinaikkan sekali ganda kepada 600 liter sebulan.
Lebih 53,000 pemandu e-hailing akan terima manfaat BUDI:95
Menerusi kenyataan daripada Kementerian Kewangan (MoF), keputusan itu dibuat selepas semakan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang menunjukkan langkah ini bakal memberi manfaat kepada lebih 53,900 pemandu e-hailing sepenuh masa di seluruh negara.
BUDI95 diperluas kepada lebih 1,000 pengguna bot persendirian di Sarawak
Selain itu, BUDI MADANI RON95 turut diperluaskan kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di Sarawak, berdasarkan data daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta agensi kerajaan negeri berkaitan.
“Mereka terdiri daripada 11,200 pemandu yang baru mendapat lesen dan 260 pemandu yang sudah memperbaharui lesen, menjadikan lebih 16 juta rakyat Malaysia menerima manfaat BUDI95,
“Bagi memastikan sistem subsidi bersasar BUDI95 terus memberi manfaat secara menyeluruh, kerajaan MADANI melaksanakan penambahbaikan secara berperingkat,” jelas kenyataan itu.
Artikel lain: Tiga juta pengguna terima manfaat BUDI95, RM91 juta jualan dalam tempoh empat hari
MoF turut menegaskan kerajaan komited memastikan program subsidi bersasar berjalan dengan telus dan efektif, sekali gus memastikan manfaatnya sampai terus kepada rakyat.
“MoF bersama agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa,” tambah kenyataan tersebut.
Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia