BUDI95 ringankan beban anggota Maritim Malaysia

BUDI95 ringankan beban anggota Maritim Malaysia


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Subsidi BUDI95 bakal meringankan beban kehidupan rakyat amnya dan pegawai serta anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) khususnya.

Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, inisiatif BUDI95 diharap dapat membantu warga APMM khususnya untuk menguruskan kos sara hidup dengan lebih baik.

“Inisiatif itu bukan sahaja membantu rakyat secara keseluruhan, malah turut meringankan beban anggota bawahan Maritim Malaysia dalam menguruskan kos sara hidup seharian.

“Ini adalah bentuk sumbangan besar kerajaan yang amat dihargai dan memberi kesan langsung kepada anggota Maritim serta keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Pada masa sama Mohd Rosli menegaskan seorang pemimpin perlu memimpin melalui tauladan dan tidak boleh berselindung di sebalik keistimewaan jawatan semata-mata.

“Kepimpinan bukan soal keistimewaan, sebaliknya amanah yang menuntut keberanian, kejujuran dan teladan yang baik kepada anggota bawahan. Dari situlah lahir pasukan yang diyakini,” katanya.

Beliau menegaskan lagi bahawa kejujuran mungkin pahit, namun itulah asas integriti organisasi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top