“Buka Buku Baru, Saya Halalkan Semua Dosa Ameng” – A Aida

“Buka Buku Baru, Saya Halalkan Semua Dosa Ameng” – A Aida

“Buka Buku Baru, Saya Halalkan Semua Dosa Ameng” – A Aida


Penerbit terkenal, Datuk A Aida terharu dengan kesungguhan bekas suaminya, Ameng yang membantu dalam persembahan anak mereka, Azeva di Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Memetik HibGlam, Aida berkata dia tidak pernah ada masalah dengan bekas suaminya itu serta menghalalkan segala dosa Ameng terhadapnya.

BACA: A Aida Nekad Berhijab Selepas Tersedar Dari Ditidurkan

“Dia sanggup membantu saya dan Azeva untuk buat persembahan di TTMM2 untuk minggu pengenalan. Disebabkan bantuan dia, saya halalkan apa sahaja kesalahan Ameng, hal-hal yang lepas.

“Perkara yang lepas usah dikenang. Bukalah buku baharu. Apa-apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. 

“Saya faham sesetengah orang bila dah bercerai tak boleh tengok muka sesama sendiri. Masing-masing ada sebab tersendiri. Tetapi macam saya cakap tadi, saya halalkan semua dosa dia dengan saya. Dosa dia dengan Allah, dia jawab sendiri,” katanya.

Sementara itu, Aida enggan peduli dengan komen negatif meskipun ada yang mengkritik caranya sebagai ‘manager’ dikatakan terlalu ‘over’.

Aida berkata dia mahu orang ramai tahu bahawa Azeva boleh menyanyi serta merupakan anak kepada Ameng Spring.

“Saya cuba lakukan yang terbaik sebagai manager. Minggu lalu adalah episod pengenalan. Saya nak beritahu orang yang anak saya boleh menyanyi, boleh main gitar dan dia ialah anak Ameng Spring.

“Ini adalah kali pertama Azeva sepentas bersama bapanya. Kalau saya tak ‘over’, takkanlah kami viral dan ‘trending’ sampai sekarang. Saya memang manager yang paling ‘perform’ sebab mampu membuat satu Malaysia menangis,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top