“Bukan Ibu Tiri Tapi Mummy Sebenar” – Ucapan Thalita Buat Watie Menitis Air Mata

“Bukan Ibu Tiri Tapi Mummy Sebenar” – Ucapan Thalita Buat Watie Menitis Air Mata


Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan anak tirinya, Talita ketika di majlis graduasi di sekolah.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Talita mengucapkan terima kasih buat bapanya, ibunya, Allahyarham Siti Sarah dan ibu tirinya, Watie.

BACA: “Alhamdulillah Lekat” – Shuib Sahkan Watie Hamil Lima Bulan

Menurut Talita, meskipun orang ramai melihat Watie sebagai ibu tirinya namun dia melihat wanita itu sebagai ibunya yang sebenar.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya terutamanya bapa saya, ibu saya dan mummy saya.

“Ibu… walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi untuk sekolah rendah… tetapi aaya sentiasa sayang ibu.

“Untuk mummy Watie saya, walaupun orang selalu melihat mummy sebagai ibu tiri saya, tetapi saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu sebenar saya,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Watie mengucapkan tahniah kepada Talita namun mengakui tidak dapat menahan air mata dengan ucapan anak tirinya itu.

“Tahniah untuk majlis hari jadi awakC Dzakira Talita Zahra. Sangat bangga dengan awak! Hujung hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan awak.

“Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama Mummy di bibir dan hati awak. Semoga awak sentiasa menjadi kebanggaan family dalam apa jua yang awak perjuangkan,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top