Sebelum ini tular video Syafiq Kyle membeli Lamborghini SVJ, rupanya pelakon tersebut membeli kereta Mercedes Benz G-Class atau G-Wagon.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang jurujual, Fuad Samsudin yang memuat naik video memaparkan dia telah selesai menghantar kenderaan tersebut kepada Syafiq.
BACA: Syafiq Kyle Dedah Sebelum Kahwin Lagi Mimi Lana Teringin Anak Kembar
Dalam pada itu, Syafiq dilihat gembira serta meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki mempunyai kereta mewah tersebut.
Sementara itu, diruangan komen jurujual berkenaan turut menjelaskan dakwaan Syafiq membeli sebuah kereta Lamborghini SVJ seperti yang tular.
“Hari itu pihak yang tak bertanggungjawab kebetulan ada di showroom semasa datang tengok kereta, mereka minta bergambar.
“Selepas itu buat posting yang misleading. Memang plan dia dari awal nak cari G Class, ini baru kereta dia keluar,” katanya.






