Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir pihak yang masih memandang serong terhadap status duda mahupun janda.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley tampil mempersoalkan mengapa layanan masyarakat terhadap kedua-dua status itu sering dijadikan ‘bahan’.
“Nak tanya kenapa bila jadi duda orang semua sibuk nak kenal tapi bila yang jadi janda semua padnang serong.
“Bukan semua duda bak malaikat dan bukan semua janda tu macam syaitan? Kau faham tak,” katanya.

Jelasnya, status seseorang itu tidak kiralah, duda atau janda tidak boleh dijadikan bahan ukuran. Ini kerana, setiap manusia melalui perjalanan hidup yang berbeza dan tidak wajar diberi label negatif hanya kerana perubahan status dalam rumah tangga.
Justeru, perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pandangannya, terutama mengenai stigma masyarakat terhadap golongan wanita bergelar janda.



Meskipun terdapat yang memeprtikaikan tidnakannya itu, Fazley bagaimanapun menjelaskan persoalan yang diajukannya itu bukanlah berkenaan dirinya sebaliknya apa yang dikongsikan oleh pengikutnya di media sosial.







