Pengacara versatile, Alif Satar secara terbuka mengaku sangat membenci tindakan buli sama ada ia dilakukan di sekolah atau dimana-mana tempat.
Katanya, pembuli yang berlagak samseng, suka mengugut dan menindas orang adalah bukan budaya Melayu dan bukan juga budaya orang Malaysia.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram, Alif menegaskan bahawa tindakan buli adalah perbuatan sia-sia yang hanya menunjukkan kelemahan diri malah merosakkan masa depan,
“Aku kena give a shout out untuk Idan Shah for initiating ‘stop bullying, and start running’. Aku suka gila! Aku cerita pun aku sebak.
“So, adik-adik yang sedang tengok ni kan… Bullying ni tak cool brother.Tak ada pun bila kau besar nanti, orang bagi kau pingat Datuk sebab kau pembuli. Lagi orang pandang hina dekat kau adalah.
“Lagi kau tak ada masa depan. Kau tengok pembuli ni kan memang tak ada masa depan,” katanya.
Dalam pada itu, Alif menitipkan pesanan penuh makna buat para pelajar agar menjauhi perbuatan buli yang boleh memusnahkan masa depan diri sendiri dan orang lain.
Malah, dia juga berkongsi pengalaman peribadinya ketika berkunjung ke penjara dan berdepan sendiri dengan banduan yang dipenjara seumur hidup kerana kesalahan membuli sehingga menyebabkan kematian.
“Ucapan aku, kepada adik-adik yang sedang menonton dekat mana-mana lah, sekolah k, cikgu pasang dekat Youtube ke, tengok ni? Abang Alif pernah masuk penjara tau, tengok dan duduk dengan orang-orang yang mereka dah dihukum duduk dalam penjara seumur hidup sebab mereka buli kawan mereka sampai mati,” jelasnya.
Menurut Alif, pengalaman itu membuka matanya tentang kesan besar yang dibawa oleh perbuatan buli bukan sahaja terhadap mangsa, malah kepada pelaku dan keluarga mereka.
“Tahu tak mereka hidup macam mana? makan jangan harap kau orang dapat makan nasi. Jangan harap kau dapat minum air gula, jangan harap masa depan kau orang sama, masa depan mak bapa kau orang pun akan bertukar, adik-beradik, kawan-kawan kau… Sebab apa? Sebab kau orang jadi pembuli.
“Abang nak bagitahu, memnag tengok filem buli, macam best.. tengok dekat wayang, nampak style dan macho, tapi n ak power, nak positif, nak jadi orang hebat baut sport, masuk run, lari 42 kilometers, buat ironman, buat hyrox kau… Itulah cool,” jelasnya.






