Bung Moktar Radin meninggal dunia -anak

Bung Moktar Radin meninggal dunia -anak


PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi.

Berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dimaklumkan anaknya, Naim Moktar.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H). 

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” tulis beliau dalam Facebook sebentar tadi.

Bung Moktar sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu terpilih untuk mewakili rakyat DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lalu.

Beliau juga Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal.-UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top