Bunga Raya 7s wanita buru kebangkitan di Sri Lanka

Bunga Raya 7s wanita buru kebangkitan di Sri Lanka


Faiz (barisan belakang, kiri) bersama pemain dan pengurusan skuad Bunga Raya 7s wanita negara untuk saingan Siri 2 Kejohanan Ragbi Asia di Sri Lanka. Foto Kesatuan Ragbi Malaysia

SKUAD Bunga Raya Tujuh Sebelah (7s) wanita negara, berazam memperbaiki prestasi menjelang Siri 2 Kejohanan Ragbi Asia yang bermula hari ini di Stadium Racecourse, Colombo, Sri Lanka.

Pengendali pasukan, Faiz Samsukhidir berkata, pencapaian tempat kelapan pada Siri 1 di Hangzhou, China bulan lalu menjadi asas penting untuk menilai kelemahan pasukan dan memperkemas persiapan kali ini.

“Keputusan di Hangzhou sudah dijangka kerana ia merupakan penampilan pertama gabungan pemain baharu dan berpengalaman di pentas besar.

“Kami telah meneliti semua kelemahan dan menggunakan data daripada siri pertama bagi menambah baik aspek latihan agar kesilapan sama tidak berulang di Colombo,” jelasnya.

Malaysia dijangka berdepan cabaran getir di Sri Lanka apabila diundi menentang gergasi Asia, China selain Kazakhstan dan Filipina.

Menurut Faiz, fokus utama menentang China adalah untuk mengurangkan jurang jaringan melalui pertahanan lebih tersusun dan disiplin posisi.

“Kami mahu menutup ruang secepat mungkin dan tidak memberi peluang mereka menguasai tempo permainan.

“Pendekatan sama akan digunakan ketika bertemu Kazakhstan dengan harapan tekanan berterusan dapat memaksa mereka melakukan kesilapan, seterusnya membuka ruang untuk serangan balas pantas,” tambahnya.

 

 

Ringkasan AI

  • SKUAD Bunga Raya Tujuh Sebelah wanita negara berazam memperbaiki prestasi di Siri 2 Kejohanan Ragbi Asia di Stadium Racecourse, Colombo, Sri Lanka
  • Pencapaian tempat kelapan pada Siri 1 di Hangzhou, China menjadi asas penting untuk menilai kelemahan pasukan
  • Pasukan menggunakan data dari siri pertama untuk meningkatkan aspek latihan
  • Malaysia dijangka berdepan cabaran getir di Sri Lanka apabila diundi menentang China, Kazakhstan dan Filipina
  • Fokus utama menentang China adalah untuk mengurangkan jurang jaringan melalui pertahanan lebih tersusun



Source link

OR

Scroll to Top