Bunga Raya B-18 buru pengalaman di Hohhut

Bunga Raya B-18 buru pengalaman di Hohhut


SKUAD ragbi Bunga Raya Bawah 18 Tahun (B-18) negara meletakkan pembangunan keyakinan dan pengalaman sebagai keutamaan utama menjelang Kejohanan Ragbi Asia B-18 di Hohhut yang bermula Sabtu ini.

Pengurus pasukan, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar menegaskan bahawa misi skuad kali ini bukan semata-mata memburu kemenangan, sebaliknya menyediakan platform kukuh untuk melahirkan pemain berpotensi besar yang mampu mengisi kelompok skuad bawah 20 tahun (B-20) kelak.

“Sasaran utama pasukan lebih daripada kemenangan semata-mata. Fokus kami adalah membentuk tahap keyakinan dalam kalangan pemain di pentas tertinggi, agar mereka bersedia meneruskan perkembangan ke peringkat lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Untuk edisi kali ini, skuad lelaki B-18 diundi dalam Kumpulan B bersama Taiwan, Jepun dan Kazakhstan, manakala skuad wanita B-18 pula diletakkan dalam Kumpulan D bersama India, Jepun dan Uzbekistan.

Sementara itu, Kumpulan A lelaki dibarisi Hong Kong, India, China dan Qatar, manakala Kumpulan C wanita menampilkan Hong Kong, India, Kazakhstan serta sebuah pasukan yang menerima bye.

 

JADUAL

Kejohanan Ragbi Asia B-18

13 September (Sabtu)

Wanita:

Malaysia lwn Uzbekistan, 9.35 pagi

Lelaki:

Malaysia lwn Kazakhstan, 12.30 tengah hari

Wanita

Malaysia lwn Jepun, 2.10 petang

Lelaki

Malaysia lwn Jepun, 3.50 petang

Wanita

Malaysia lwn India, 5.30 petang

Lelaki

Malaysia lwn Taiwan, 7.10 malam

14 September (Ahad)

Separuh Akhir

(Kategori Cup/Plate & Penentuan kedudukan, 9.35 pagi)

Wanita:

Final Wanita (Cup), 3.25 petang

Lelaki:

Final Lelaki (Cup), 3.50 petang

 

 

Ringkasan AI

  • SKUAD ragbi Bunga Raya Bawah 18 Tahun negara mengutamakan pembangunan keyakinan dan pengalaman untuk Kejohanan Ragbi Asia B-18 di Hohhut
  • Misi skuad bukan hanya memburu kemenangan tetapi membina platform untuk melahirkan pemain berpotensi untuk skuad bawah 20 tahun
  • Fokus kepada tahap keyakinan pemain di pentas tertinggi untuk persediaan ke peringkat lebih tinggi
  • Skuad lelaki B-18 Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Taiwan, Jepun dan Kazakhstan, manakala skuad wanita dalam Kumpulan D bersama India, Jepun dan Uzbekistan
  • Jadual perlawanan termasuk perlawanan Malaysia menentang Kazakhstan, Jepun, India, dan Taiwan untuk lelaki dan wanita, dengan final pada 14 September



Source link

OR

Scroll to Top