Bunga Raya wanita pertaruh kudrat muda di Johor 7s

Bunga Raya wanita pertaruh kudrat muda di Johor 7s


Imbas kembali skuad ragbi 7s wanita negara ketika beraksi dalam Kejohanan 7s Asia Tenggara (SEA 7s) di Stadium Nasional, Singapura, April lalu. Skuad negara muncul naib juara dalam kejohanan berkenaan. Foto Kesatuan Ragbi Malaysia

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara akan menampilkan barisan Bunga Raya muda bagi mengharungi Kejuaraan Ragbi Johor 7s di Stadium Ragbi Johor, Mount Austin, Johor bermula Jumaat.

Pengendali Bunga Raya 7s wanita negara, Mohd Faiz Samsukhidir berkata, kebanyakan pemain adalah dalam kalangan mereka yang beraksi bersama skuad negeri di SUKMA Sarawak 2024.

“Tujuan utama skuad Bunga Raya 7s wanita mengunakan kudrat pemain-pemain SUKMA 2024 lalu adalah untuk mendedahkan mereka kepada suasana pertandingan lebih tinggi berdepan pasukan ragbi Thailand, Singapura dan Indonesia yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman.

“Pendedahan sebanyak 30 peratus dalam kalangan pemain-pemain muda edisi SUKMA 2024 di kejuaraan berintensiti tinggi Johor 7s, adalah sesuatu yang perlu bagi proses membentuk kematangan permainan setiap pemain,” katanya kepada Sukan Sinar.

Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Johor, Datuk Mohd Noorazam Osman sebelum ini mengesahkan bahawa kejohanan edisi kelapan ini akan melibatkan penyertaan 36 pasukan dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Kejohanan dijayakan 20 pasukan kategori lelaki dan 16 pasukan kategori wanita dijangka turut disertai pasukan-pasukan negeri bagi temasya SUKMA Selangor 2026, yang akan membuka tirai Ogos tahun depan.



Source link

OR

Scroll to Top