Busana Ketat Azira Shafinaz Raih Perhatian, Warganet Beri Kritikan & Kecaman

Busana Ketat Azira Shafinaz Raih Perhatian, Warganet Beri Kritikan & Kecaman


Penampilan penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz menyorot perhatian ramai pihak apabila dia hadir bagi sebuah acara Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Tampil dengan gaun satin berona merah dan dipadankan dengan baju dalam berwarna putih serta lace biru ketat itu ternyata mengundang pelbagai respons dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, ada yang menganggap baju tersebut bukan sahaja mencolok mata tetapi ia kelihatan seakan-akan ‘romper’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pakaian Azira itu seolah-olah ‘berpakaian tapi telanjang’.

Meskipun menerima pelbagai kritikan, ahli kumpulan Defam itu masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tular.

Sekadar info, selain Azira acara yang dianjurkan oleh @bycolinofficial itu turut dihadiri oleh rakan baiknya iaitu, Eyka Farhana, Yaya Zahir, Alicia Amin, Datin Elvina Mohamad  dan ramai lagi rakan selebriti dan model terkenal.





Source link

OR

Scroll to Top