Cabaran Bing Kun-Ee Wei di Malaysia Masters berakhir

Cabaran Bing Kun-Ee Wei di Malaysia Masters berakhir


CABARAN beregu campuran, Loo Bing Kun-Toh Ee Wei dalam Malaysia Masters terhenti dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena pada Khamis.

Bing Kun-Ee Wei yang bermula cemerlang apabila set pertama 21-19 terpaksa tunduk dua set berikutnya apabila tewas 20-22, 18-21 kepada wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan dalam masa 68 minit.

Sebagai rekod, ini merupakan pentas terakhir kedua gandingan berkenaan apabila Ee Wei akan digandingkan semula bersama Chen Tang Jie di Terbuka Singapura minggu depan.

Sementara itu ditanya mengenai keadaan permukaan gelanggang menjejaskan rentak mereka, Ee Wei menegaskan kekerapan petugas perlawanan yang mengelap permukaan gelanggang basah bukan faktor menyumbang kepada kekalahan mereka.

“Memang tidak menganggu pun kerana kedua-dua belah gelanggang ada air, jadi kita hanya perlu cari jalan untuk menang,

“Kedua-dua pasukan pun berdepan masalah ini, jadi bukan sebab kalah,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan pada Khamis.

Bing Kun-Ee Wei sebelum ini membuka kempen dengan menyingkirkan cabaran wakil Taiwan, Ming Che Lu-Hung En Tzu, 20-22, 21-18, 21-15.

Sebelum itu, satu lagi wakil negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien terhenti apabila tewas kepada pasangan Thailand, D Puavaranukroh-S Paewsampran 21-14, 21-9 dalam masa 37 minit.

Cabaran beregu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut berakhir apabila ditunjukkan jalan keluar wakil China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, straight set 6-21, 13-21 dalam masa 36 minit.



Source link

OR

Scroll to Top