Cabaran Letshanaa terhenti suku akhir Terbuka AS

Cabaran Letshanaa terhenti suku akhir Terbuka AS


Langkah cemerlang Letshanaa dalam Terbuka AS terhenti di suku akhir. Foto BAM

LANGKAH cemerlang perseorangan wanita negara, K Letshanaa dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di peringkat suku akhir setelah tewas kepada pemain India, Tanvi Sharma, pada Sabtu.

Pemain ranking ke-50 dunia itu gagal mempamerkan prestasi terbaiknya apabila tunduk kepada pemain di ranking ke-66 dunia itu straight set 13-21, 16-21 dalam masa 33 minit kejohanan status Super 300 berkenaan.

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini mencuri tumpuan apabila menewaskan bekas juara dunia 2017 dari Jepun, Nozomi Okuhara, dan juga pemain ranking ke-49 dunia dari India, Aakarshi Kashyap, dalam laluan ke suku akhir.

Kini, Letshanaa akan mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan Terbuka Kanada Super 300 di Markham yang bermula 1 hingga 6 Julai.



Source link

OR

Scroll to Top