Cabaran skuad BAJC negara bermula di Indonesia pada Julai

Cabaran skuad BAJC negara bermula di Indonesia pada Julai


Senarai pemain yang akan menggalas cabaran negara di Kejuaraan Badminton Remaja Asia 2025 di Indonesia bulan depan. Foto BAM

PASANGAN finalis Remaja Dunia 2024 dan juara Terbuka Slovakia yang baharu, Dania Sofea dan Low Zi Yu, disenaraikan dalam skuad negara bagi menghadapi Kejuaraan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2025.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika mengesahkan barisan akhir pemain memaklumkan bahawa kejohanan tersebut akan berlangsung di Indonesia dari 18 hingga 27 Julai depan.

Turut membarisi skuad perempuan ialah Noraqilah Maisarah Ramdan dan Nur Aina Maisarah Hatta, yang merupakan naib juara kepada Dania-Zi Yu di Terbuka Slovakia.

Mereka akan digandingkan bersama Lee Mun, Oo Shan Zi, Eng Ler Qi, Lim Zhi Shin, Nicole Tan dan Nicole Chau dalam skuad perempuan.

Skuad remaja lelaki pula menyaksikan Razeeq Danial kembali mengetuai pasukan berkenaan.

Pasukan ini turut menampilkan empat pemain yang akan membuat penampilan sulung di kejohanan peringkat benua tersebut.

Pemain-pemain yang terpilih ialah Ayu Fu Sheng, Kong Wei Xiang, Lim Boon Le, Datu Anif Datu Asrah, Loh Zi Heng, Zulwaqqarizal Ahmad, Damien Ling, Shazmir Shahrul dan Tan Zhi Yang.



Source link

OR

Scroll to Top