Cabaran Spurs menentang Atletico sukar tapi tidak mustahil

Cabaran Spurs menentang Atletico sukar tapi tidak mustahil

Cabaran Spurs menentang Atletico sukar tapi tidak mustahil


London: Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Igor Tudor menegaskan bahawa peluang pasukannya untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara masih terbuka meskipun ditewaskan 5-2 dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir menentang Atletico Madrid.

Tudor mengambil semangat daripada kekalahan Atletico 3-0 kepada Rayo Vallecano dan Barcelona serta keputusan seri 1-1 Spurs menentang juara Liga Perdana, Liverpool, yang memutuskan rekod lima kekalahan berturut-turut mereka.

“Ini sukar tapi tidak mustahil. Kita perlu kekal dalam permainan, fokus pada kekuatan kita. Segalanya masih boleh berlaku, dan mempercayai bahawa kita boleh lakukan itu penting sejak awal,” kata Tudor.

Gallagher diragui, Romero kembali

Tudor menjelaskan keputusan muktamad mengenai pemain tengah Conor Gallagher akan dibuat kemudian, sementara pertahanan Cristian Romero yang mengalami pertembungan kepala dengan rakan sepasukan Joao Palhinha kini kembali cergas.

“Joao tidak dapat bermain, Destiny (Udogie) dan Lucas (Bergvall) akan berada di bangku simpanan tetapi tidak banyak terbabit kerana baru kembali. Cristian Romero ada, dia boleh bermain,” tambah Tudor.

Pemain Spurs tetap fokus

Pertahanan Spurs Micky van de Ven menafikan spekulasi mengenai sikap pemain dan menegaskan pasukannya tetap komited.

“Orang luar mungkin kata ada pemain tidak peduli kerana akan meninggalkan pasukan, tapi itu semua tidak benar. Semua terbabit termasuk pemain dan staf sangat mengambil berat dan kami mahu membalikkan keadaan,” jelas Van de Ven.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top