Cabaran Sze Fei-Izzuddin di Indonesia terhenti suku akhir

Cabaran Sze Fei-Izzuddin di Indonesia terhenti suku akhir


Sze Fei-Izzuddin akur kehebatan Gutama-Isfahani.

GANDINGAN beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkandas di suku akhir Terbuka Indonesia Super 1000 apabila tewas kepada Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada Jumaat.

Sze Fei-Izzuddin yang terkenal dengan julukan Fei-Din sebelum itu mempamerkan semangat juang tinggi berdepan Gutama-Isfahani yang mendapat sokongan padu dalam kalangan penyokong tuan rumah.

Mereka memberikan saingan sengit kepada Gutama-Isfahani dalam pertarungan 57 minit berintensiti tinggi yang menyaksikan wakil negara itu akur tewas 19-21, 21-9, 19-21 dalam aksi di Istora Senayan, Jakarta sekali gus menafikan pertembungan sesama Malaysia di separuh akhir.

Bagaimanapun kekalahan itu tidak menggugat status Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai pasangan nombor satu dunia.

Sebelum itu, rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang lebih awal menempah slot ke separuh akhir setelah menewaskan beregu India, Satwik Rankireddy-Chirag Shetty, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Wei Chong-Kai Wun mengejutkan Satwiksairaj-Chirag, 21-19, 21-16 dalam masa 43 minit.

Sementara itu, satu lagi beregu utama Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto turut melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan gandingan China, Huang Di-Liu Yang, 21-19, 23-21.

Fajar-Rian akan berdepan wakil Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae yang menyingkirkan wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-19, 21-9 dalam masa 36 minit.



Source link

OR

Scroll to Top