“Cahaya Mata? Kami Masih Berdoa”

“Cahaya Mata? Kami Masih Berdoa”


Pelakon Yusuf Bahrin berkata dia dan isterinya, Zizi Kirana menyerahkan soal zuriat kepada ketentuan Allah.

Memetik Utusan, Yusuf berkata dia dan isterinya hanya mampu berdoa serta memohon orang ramai untuk mendoakan mereka.

BACA: “Doa yang Baik-Baik – Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Bergolak

“Kami masih berdoa. Belum ada lagi (cahaya mata). Kami hanya mampu berdoa dan mengharapkan doa orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Yusuf berkata selepas lima tahun mendirikan rumah tangga merek tidak lagi menerima pertanyaan mengenai soal cahaya mata daripada keluarga serta saudara mara.

“Awal dulu ada juga diajukan soalan begini. Tapi selepas lima tahun kami berkahwin, orang sekeliling tidak lagi bertanyakan perkara sama kerana mereka melihat kami okey dengan keadaan sekarang.

“Keluarga faham, soal anak ini berkaitan rezeki masing-masing. Kami sampai satu tahap penat menjawab soalan sama,” katanya.

Sumber: Utusan Online






Source link

OR

Scroll to Top