Nama pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, kembali menyorot perhatian warganet apabila ciapan lama miliknya kembali tular di platform Threads, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian berupa tangkap layar tular, individu tersebut mendakwa aktres itu bertindak ‘membuli’ malah berkongsi semula foto milik anaknya.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai hantaran berkenaan, namun Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, menerusi perkongsian video sesi siaran langsung di TikTok miliknya menjelaskan, dia tidak mahu mengambil pusing mengenai isu tular melibatkan dirinya.
Bahkan, dia menyifatkan, kecaman tidak akan mengubah dirinya.
“Orang nak cakap apa, cakaplah… Itu urusan mereka.
“Fokus kita adalah untuk mendapatkan reda Allah SWT. Fokus kita untuk menjaga diri kita, ibadah kita, keluarga, anak, kerjaya dan cari duit. Sudah.
“Yang lain, nak cakap apa, cakaplah… Itu urusan mereka dengan Allah. Tak apa, kita tak peduli. Kita tak kisah.
“Cakap apa-apa pasal kita, tak berguna. Yang penting kita macam ni juga,” katanya.
Sebagai aktres dan penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, Fazura tampil memberikan pesanan tegas dan padu buat netizen di luar sana.
“Yang cakap-cakap tu biarkan je… Ni pesanan kakak lah, ‘siapa-siapa yang berdepan situasi yang bercakap pasal anda semua tu, abaikan.
“Sebab tak ada kena mengena dekat anda semua. Tak berkudis pun,” jelasnya.






