Masih tidak terlambat untuk kembali kepada jalan yang benar, tindakan pelakon, Niezam Zaidi, kini ingin kembali insaf dan merapatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang terjadi itu ingin diperbaiki dalam dirinya sendiri.
Artikel berkaitan: Awie Berkesempatan Sambut Hari Lahir Ke-54 Di Mekah
Terdahulu, Niezam sendiri akui telah bersimpang jauh kini ingin mendalami ilmu agama. Dia juga mengambil berat faktor yang melanda dunia terasa insaf dan membuat perkara sedemikian.
‘Turning point’ buat saya kembali ke jalan benar – Niezam Zaidi
Niezam atau Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, menyatakan hasratnya telah tercapai apabila dapat bergiat aktif dalam menyertai kumpulan tabligh sekiranya mempunyai masa yang lapang bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Sebelum ini ada kumpulan tabligh ajak keluar. Tapi saya sertai tabligh dari Bangladesh yang datang ke kampung saya.
“Mereka beritahu siapa yang turun masjid ini sudah terpilih. Ayat itu membuatkan hati saya tersentuh dan saya cuba berdakwah dengan cara yang saya boleh buat.
“Saya pun tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklumlah, saya berada dalam industri hiburan dan saya bergelar pelakon. Takut timbul persepsi sehingga boleh menimbulkan fitnah,” katanya.
Dia juga mengambil faktor soal bencana yang melanda dunia hari ini, terbit juga rasa untuk bertaubat selain mahu berjasa kepada orang sekelilingnya.
“Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Mungkin situasi yang berlaku dekat dunia sekarang ini membuatkan saya terfikir bahawa hidup ini singkat,
“Emak saya pula sedang sakit. Kadang-kadang saya ini terlalu fikir sampai bila emak akan hidup, tapi sebenarnya saya patut fikir sampai bila pula saya akan hidup. Jadi, saya mahu hidup untuk berjasa dan berkhidmat,
“Bila ada satu ‘turning point’ berlaku dalam hidup, saya tak boleh ikut kehendak diri sendiri sebaliknya saya lakukan apa-apa kerana Allah. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.
Niezam juga bersyukur meski pun telah dijatuhkan hukuman atas salah lakunya pada Oktober lepas, dia masih menerima rezeki dalam dunia lakonan. Katanya, kerjayanya masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan oleh stesen TV atau syarikat produksi.
Sumber: Harian Metro dan mStar
Artikel berkaitan: Mahu Pertahan Hak Wanita Teraniaya, Puteri Sarah Berhasrat Tanding PRU16
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.