July 13, 2024

Cantiknya Tamara Janatea! Anak Bongsu Rhoma Irama Yang Persis Gadis Pakistan, Kini Berusia 18 Tahun – Hijabista

Cantiknya Tamara Janatea! Anak Bongsu Rhoma Irama Yang Persis Gadis Pakistan, Kini Berusia 18 Tahun – Hijabista

Ramai yang sudah mula pudar atau terkopek dakwat kekal hasil dari Pilihan Raya Umum ke-15 tempoh hari. Kini, tidak lagi yang gusar untuk menghilangkannya.

Namun, sudah tentu bagi mereka yang tidak ingin menggunakan cecair peluntur akan menggunakan alternatif untuk biarkan ia hilang dengan sendiri. Tetapi adakah ia telus air jika kita mengambil wudhuk?

Adakah kesan dakwat kekal sah wuduk kita?

Sumber dari Canva

Mungkin ada yang tidak tahu tentang perkara ini dan bingung adakah ianya baik sahaja atau perlu kita hilangkan? Menjawab persoalan ini, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, jika ada sesuatu yang boleh menghalang air daripada sampai ke kulit ataupun melekat pada kulit, wuduknya akan jadi tidak sah.

Berkongsi tentang maklumat ini, beliau juga menerangkan dengan lebih lanjut agar semua faham ketulusan maklumat ini. Video perkongsian itu di muat naik olehnya di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Beliau memaklumkan bahawa rujukkannya kepada kitab fiqh Mazhab Syafie, l’anatut Thalibin. Melalui kitab ini menerangkan kesan dakwat tidaklah memudaratkan iaitu membatalkan wuduk.

Kata beliau lagi, kesan itu adalah apabila kita boleh kikis pada tempat berkenaan, tidak keluar keladaknya. Ia juga bukan datang dari satu campuran yang tebal yang boleh menghalang air sampai kepada kulit.

“Ini kerana ada yang keliru tentang perkara ini, Walaupun sudah dibasuh dan digosok, tetapi apabila gosok jari kering, ada kesan seperti keladak, tetapi rupanya ia adalah daki kulit.” katanya.

Penggunaan dakwat kekal iaitu indelible ink ini telah lama berkuat kuasa sejak Pilihan Raya Umum ke-13 pada sembilan tahun yang lalu. Dakwat itu pula mempunyai sebatian yang mengandungi nitrat perak dan bila terkena pada kulit ia kan serap ke dalam lapisan tisu mati dan tisu kulit.

Hal ini ada di bincangkan oleh Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang sewaktu 8 Ogos 2007. Perbincangan itu lebih fokus untuk mengenalpasti hukum penggunaan Indelible Ink dalam Pilihan Raya Umum Malaysia.

Hasil dari perbincangan itu, penggunaan indelible ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, juga tidak memudaratkan kepada kesihatan dan menghalang air untuk sampai ke kulit. Oleh demekian, penggunaan dakwat itu dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam.

Sumber: Sinar Islam Plus

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top