Cape Verde mara ke Piala Dunia 2026

Cape Verde mara ke Piala Dunia 2026

Cape Verde mara ke Piala Dunia 2026


Livramento ledak gol awal buat Cape Verde ketika menentang Eswatini. Foto: Agensi

CAPE Verde mencipta sejarah baharu dalam bola sepak dunia apabila layak ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Eswatini 3-0 di Estádio Nacional de Cabo Verde, pada Selasa.

Kemenangan itu mengesahkan skuad Blue Sharks sebagai juara Kumpulan D kelayakan zon Afrika sekali gus menyingkirkan pasukan pilihan, Cameroon, untuk menempah tempat ke temasya berprestij yang bakal berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Dailon Livramento membuka jaringan sebaik babak kedua bersambung selepas menyambar bola muntah dalam kotak penalti, sebelum Willy Semedo menambah gol kedua menerusi voli menarik tidak lama kemudian.

Pertahanan berpengalaman Stopira memastikan kemenangan mutlak Cape Verde dengan jaringan ketiga pada masa kecederaan.

Sorakan gemuruh penonton di stadium menandakan detik bersejarah buat negara kepulauan kecil di Atlantik itu apabila ribuan penyokong membanjiri padang meraikan kejayaan pertama mereka mara ke Piala Dunia.

Cape Verde yang mempunyai populasi sekitar 525,000 orang, memperoleh kemerdekaan daripada Portugal pada 1975 dan mula menyertai kempen kelayakan sejak edisi 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Negara itu turut mencipta nama di Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) apabila mara ke suku akhir pada penampilan sulung 2013 dan mengulangi pencapaian sama pada 2023.

Kemenangan 1-0 ke atas Cameroon bulan lalu menjadi titik penting dalam perjalanan mereka apabila keputusan itu melonjakkan Cape Verde ke tangga teratas kumpulan dan hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia.

Kini, Cape Verde muncul sebagai negara kedua terkecil di dunia yang layak ke Piala Dunia selepas Iceland pada edisi 2018 di Rusia, bukti nyata bahawa semangat dan kerja keras mampu membawa sebuah negara kecil ke pentas bola sepak terbesar dunia.

Ringkasan AI

  • CAPE Verde mencipta sejarah dengan layak ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Eswatini 3-0
  • Kemenangan itu menjadikan Cape Verde juara Kumpulan D kelayakan zon Afrika dan menyingkirkan Cameroon
  • Dailon Livramento, Willy Semedo, dan Stopira masing-masing menjaringkan gol dalam pertandingan tersebut
  • Penyokong Cape Verde membanjiri padang untuk meraikan kelayakan pertama negara itu ke Piala Dunia
  • Cape Verde menjadi negara kedua terkecil yang layak ke Piala Dunia selepas Iceland pada 2018



Source link

OR

Scroll to Top