'Cara kamu salah… itu berdosa'

'Cara kamu salah… itu berdosa'



am@hmetro.com.my

Batu Pahat: “Tak boleh ambil harta orang lain, cara kamu salah. Itu berdosa,” tegur Hakim Mahkamah Sesyen, Osman Affendi Mohd Shalleh terhadap lelaki yang meragut wanita warga emas, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Farid Ahmad Jasman, 40, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini sebelum ini mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa meragut beg tangan warga emas berusia 74 tahun hingga menyebabkan kecederaan di Taman Flora, di sini pada 11.30 pagi, 18 Disember 2024.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan turut mengemukakan rekod lampau tertuduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata berkumpulan yang dilakukan pada 2017 dan dihukum penjara tujuh tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top