Cara yang betul urus daging korban rosak

Cara yang betul urus daging korban rosak


IBADAH korban merupakan salah satu amalan paling mulia dalam Islam, khususnya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik.

Ia bukan sekadar penyembelihan haiwan semata-mata, sebaliknya tersirat nilai pengorbanan, keikhlasan dan tanggungjawab sesama manusia.

Namun, adakalanya berlaku situasi tidak diingini seperti daging korban rosak, busuk dan sebagainya.

Perkara itu mungkin berlaku kerana tersalah menyimpannya, tidak sempat diagihkan kepada penerima mahupun disebabkan kecuaian sendiri.

Andai itu berlaku, apa yang perlu dilakukan terhadap daging yang sudah tidak boleh dimakan itu?

Menjawab persoalan itu, pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, daging korban yang telah rosak tidak boleh lagi dimanfaatkan dan tidak wajar disedekahkan kepada orang lain.

USTAZ AZHAR IDRUS

“Buanglah (sebab) tak boleh pakai,” katanya ringkas sebagaimana dipetik dalam video soal jawab bersama orang ramai yang dikongsikan di akaun YouTube miliknya.

Walaupun tujuan asal pemberian daging korban itu untuk bersedekah, tetapi jika ia sudah berubah rupa, bau ataupun rasa hingga boleh memudaratkan penerima, maka ia wajib dielakkan.

“(Mungkin) daging itu pula kita tersilap (cara simpan) tak masuk dalam peti. Lima hari baru sedar, (sudah) buruk (keadaan) daging itu.

“Jangan pula pergi sedekah pada orang. Rebah kawan itu makan,” selorohnya.

Walaupun daging rosak sudah tidak boleh dimakan, Islam tetap mengajar umatnya agar menguruskan sisa tersebut dengan penuh adab dan tertib iaitu disunatkan menanamnya. -Foto: CANVA

Walaupun daging rosak sudah tidak boleh dimakan, Islam tetap mengajar umatnya agar menguruskan sisa tersebut dengan penuh adab dan tertib iaitu disunatkan menanamnya. -Foto: CANVA

Walaupun daging yang rosak itu sudah tidak boleh dimakan, Islam tetap mengajar umatnya agar menguruskan sisa tersebut dengan penuh adab dan tertib.

Menurut Ustaz Azhar, perbuatan menanam daging rosak adalah lebih baik dan dianggap sebagai sunat.

“Tak apa (buang daging rosak ke dalam tong sampah). Sunat ditanam (daging korban rosak).

“Yang tak boleh buang, daging yang bermanfaat iaitu daging yang elok. Itu dilarang oleh syarak,” tegasnya.

Menerusi infografik di laman sosial Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, pihak tersebut berkongsi tip simpan daging korban dengan cara yang betul.

Berikut perinciannya:

1. Jangan memasukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih terus ke peti sejuk.

IKUTI tip simpan daging korban dengan cara yang betul. -Foto: CANVA

IKUTI tip simpan daging korban dengan cara yang betul. -Foto: CANVA

2. Buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir dan serpihan kayu.

3. Potong daging kepada bahagian lebih kecil dan dimasukkan ke dalam bekas plastik berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah.

4. Letak di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang daripada -18 darjah celsius.

5. Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus seperti aiskrim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.



Source link

OR

Scroll to Top