Pelakon Nora Danish memuat naik hantaran dalam bentuk nasihat dalam menjadi pasangan hidup serta sahabat yang saling menegur ke arah lebih baik.
Menerusi hantaran di Threads, Nora turut memberi peringatan kepada dirinya untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan.
BACA: Nora Danish, Mickey Ayo Saling Berbalas Hadiah Kasut Sukan, Jam Tangan

“Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama-sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadi kita lebih kufur,” tulisnya.
Sementara itu, Nora turut mengatakan cara pandangan kita juga perlu ditukar agar melihat sesuatu perkara dengan mata hati.
“Lens kena tukar -Xara kita melihat sesuatu perkara. Pandang dengan mata hati. Nescaya hati jadi lebih tenang,” tulisnya.
Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju untukmencari pasangan yang sama-sama berusaha menjadi lebih baik.






