KUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan pemilik kucing, pengalaman membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik veterinar bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia boleh membuatkan kucing berasa cemas, takut dan tertekan.
Menyedari cabaran ini, Catnest Veterinary Clinic mengambil langkah menambah baik ruang rawatan di cawangan Sungai Besi, dengan matlamat memberikan pengalaman rawatan yang lebih tenang, selamat dan selesa untuk kucing.
Ditubuhkan pada 2018 oleh Dr Syafiq dan Dr Razila, Catnest dikenali sebagai klinik veterinar yang memberi fokus sepenuhnya kepada rawatan kucing.
Setakat ini, Catnest mempunyai tiga cawangan iaitu Bandar Tun Hussein Onn (Cheras), Sungai Besi, dan Wangsa Maju, dengan perancangan membuka cawangan keempat menjelang 2026.
1-STOP CENTRE untuk semua keperluan kucing
Sebahagian pasukan Catnest yang berdedikasi, sentiasa bersedia memberikan rawatan selesa dan mesra kucing. – FOTO Catnest
Cawangan baharu Sungai Besi kini berfungsi sebagai 1-STOP CENTRE, menyediakan semua perkhidmatan di satu lokasi.
Pemilik boleh mendapatkan vaksinasi, pemandulan, pembedahan, X-ray, ultrasound, rawatan pergigian, diagnostik, penginapan (boarding), grooming, serta lawatan rumah (housecall) tanpa perlu merujuk ke klinik lain.
Semua fasiliti moden lengkap di satu tempat, membolehkan aliran rawatan lebih cepat dan efisien.
Dr Syafiq berkata dengan ruang baharu dan fasiliti lengkap, kami memudahkan pengalaman pemilik dan haiwan kesayangan.
“Fokus kami adalah memastikan kucing dirawat dalam suasana yang paling selesa, dengan minimum stres.”
Dr Syafiq memeriksa kucing dengan penuh perhatian, memastikan pengalaman rawatan tenang dan selesa. – FOTO Catnest
Ruang lebih lapang, susun atur sistematik
Renovasi di Sungai Besi menampilkan bilik rawatan dengan privasi maksimum, ruang menunggu lapang, dan dalaman yang tenang.
Susun atur ini direka untuk memberi kucing, terutamanya yang pemalu atau sensitif, persekitaran yang selesa sejak tiba di klinik.
Selain itu, fasiliti moden memastikan semua rawatan, dari pemeriksaan rutin hingga pembedahan kompleks, boleh dijalankan di satu lokasi, menjadikan Catnest sebagai pusat sehenti untuk kesihatan kucing.
Pemilik kucing kini boleh merasai sendiri kemudahan Catnest, menikmati pengalaman rawatan yang lancar, selamat, dan mesra haiwan, tanpa menambah keresahan kepada haiwan kesayangan mereka.
Untuk pemilik kucing yang ingin memberikan rawatan terbaik kepada haiwan kesayangan mereka, kunjungi Catnest dan alami sendiri pengalaman rawatan yang selesa, tenang, dan mesra kucing.
© New Straits Times Press (M) Bhd






