CelcomDigi proaktif bantu mangsa banjir

CelcomDigi proaktif bantu mangsa banjir



saufi@mediaprima.com.my

 

 

Penyedia rangkaian telekomunikasi terkemuka, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi penyediaan bantuam penting kepada komuniti terjejas di kawasan banjir seluruh negara.

  Usaha syarikat setakat ini termasuk menyediakan bekalan kegunaan peribadi dan isi rumah yang penting, kesalinghubungan Internet di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta pelbagai bantuan pemulihan lain yang boleh memberi manfaat kepada hampir 7,000 keluarga.

  Bagi mencapai objektif itu, CelcomDigi bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk mempercepatkan penghantaran bantuan ini kepada penduduk yang terjejas.

  Selain itu, syarikat ini juga menyediakan kenderaan pacuan empat roda (4WD), bot penyelamat dan sukarelawan kepada MRA serta peralatan penting seperti stesen pengecas mudah alih, pam air dan jet, set dapur dan penjana kuasa.

  Pada masa sama, inisiatif lain bagi membantu komuniti setakat ini termasuk penyediaan sambungan WiFi melalui unit ‘Fixed Wireless Access’ (FWA), diperuntukkan untuk 200 pusat bantuan banjir.

  Langkah proaktif untuk mengukuhkan tapak dan struktur rangkaian telekomunikasi di kawasan berisiko tinggi banjir untuk melindungi peralatan radio dan elektronik.

  Pasukan operasi juga berada dalam keadaan siap siaga 24 jam untuk turun ke kawasan yang terjejas dengan penjana kuasa dan stesen pemancar mudah alih.

  CelcomDigi memberi fokus untuk memastikan kelancaran perkhidmatan bagi memastikan pelanggan di zon yang terjejas kekal berhubung dan rakan perniagaan and pengedar dapat terus melayani pelanggan dengan gangguan yang paling minima.

  Syarikat penyedia telekomunikasi itu akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan, industri, dan agensi bantuan untuk usaha bersama dalam memperluas capaian dan membantu sebanyak mungkin keluarga yang terjejas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top