am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun persekutuan ditahan disyaki meminta dan menerima rasuah bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy daripada kontraktor binaan.
Menurut sumber, individu berusia 40-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7.20 malam tadii.
“Difahamkan suspek meminta rasuah sebanyak RM1 juta bagi kelulusan bayaran tuntutan kontraktor berkenaan dan beliau didakwa sudah menerima RM500,000 sebelum Aidilfitri lalu sebagai wang pendahuluan.
“Suspek ditahan di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jalil selepas didakwa menerima wang RM100,000 daripada kontraktor terbabit,” katanya kepada Harian Metro, malam ini.
Suspek dijangka dibawa bagi permohonan reman esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.
© New Straits Times Press (M) Bhd






