Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata tidak mudah untuk berdepan kemelut rumah tangga selepas hampir sedekat mendirikan rumah tangga.
Memetik Oh Bulan, Dr Fie meminta untuk memberikannya masa kerana apa saja keputusan dibuat akan dinilai oleh netizen sama ada positif atau negatif.
BACA: Isteri Nubhan Dapat Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak
“Nak kata move on, nanti kalau cepat sangat pun salah, tak move on pun salah kan. Jadi, macam saya cakap sebelum ini, bagi saya masa,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata tidak mudah untuk menerima apa yang terjadi apatah lagi tempoh perkenalannya dengan suami lebih daripada 10 tahun.
“Saya kenal dia bukan 10 tahun perkahwinan, sebelum kahwin pun saya dah berkawan dengan dia. Kalau jumlahkan, belas-belas tahun dah,” katanya.
Hari ini, , Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.
Sumber: Oh Bulan





