Cess Tetap Dengan Prinsip Tak Nak Kahwin

Cess Tetap Dengan Prinsip Tak Nak Kahwin


Anak kedua kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zehra berkata dia tetap dengan prinsip tidak mahu berkahwin.

Memetik mStar Online, meskipun ada netizen yang cuba menjodohkannya dengan anak pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef, Qadejah atau Cess berkata mereka sekadar kawan biasa.

BACA: “Nak Duduk Dengan Abah, Tak Payah Bayar Bil” – Qadejah Nak Kahwin Lambat

“Janganlah begitu, saya baru 16 tahun. Hidup ini kena tenang sahaja. Kami cuma kawan dan Zareef ini kawan baik kepada adik saya, Baem.

“Kami memang kawan sahaja, tiada yang pelik-pelik. Tiada sentuh-sentuh, kami jaga jarak dan saya tahu batas saya.

“Tak nak kahwin, saya tetap dengan prinsip saya… cuma nak abah saya sahaja,” katanya.

Terdahulu, Cess berkata dia memilih untuk mendirikan rumah tangga di usia 40-an kerana mahu tinggal bersama ibu bapanya.

Tambahnya lagi, dia mahu melanjutkan pelajaran di luar negara dan jika mahukan apa-apa dia boleh meminta daripada ibu bapanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top