Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil membidas kenyataan pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok susulan isu lelaki yang membawa beg tangan wanita.
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama lengkap, Mohd Azwan Md Nor meluahkan pandangan peribadinya, apabila melabel tindakan lelaki mengepit atau membawa beg tangan pasangan sebagai sesuatu yang ‘cacat’.
“Normal ke lelaki kepit beg tangan teman wanita dia. Saya: Cacat,” katanya.
Bagaimanapun sedar dengan hantaran yang diberikan, Che Ta tampil membidas kenyataan tersebut menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan.
Menurut Che Ta, tiada masalah sekiranya lelaki sekadar mahu membantu memegang beg tangan pasangan.
“Okay sahaja kalau nak tolong pegang. Yang tak normal bila jantan-jantan mula berhandbag,” balasnya.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Che Ta.









